Rabu, 30 Mei 2012

Puting Luka, Puting Melecet, Cracked Nipple

Assalamualaikum wbt....

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah 45hari I express breast milk (EBM). Selama ni I EBM okay jer tapi entah macam mana masa I nak bersihkan puting semalam, tetiba je keluar darah kat puting tu. Ade la rasa pedih-pedih sikit. Iskhh... Macam mana nak pam ni kalau ade darah??? Nak tak nak I terpaksa perah breast yang luka tu guna tangan dan buang susu yang diperah tu. Susu kena diperah keluar kalau tak nanti bengkak payudara susah pulak. Lagi sakit nanti. Sayang pulak rasa nak buang susu tu tapi terpaksalah sebab susu tu dah bercampur darah. 

Macam I ni, punca puting luka disebabkan I guna sedutan pam yang terlalu kuat dan puting I pulak kering. So, puting tu jadi trauma dan luka. Terlalu excited nak pump susu banyak-banyak punya pasal la ni, sekarang dah trauma. Padan muka. Hehe....

Bila dah jadi macam ni, mula la I kalut nak cari maklumat macam mana nak atasi masalah ni. Cari punya cari dapat lah ilmu sedikit sebanyak tentang puting luka ni. Kebiasaannya puting luka ni boleh berpunca daripada:

1. Penggunaan BreastPump
     i. Tahap sedutan pam yang terlalu kuat

  • Kekuatan sedutan pam seharusnya ditetapkan pada tahap yang selesa. Caranya; Naikkan tahap kekuatan sedutan sedikit demi sedikit. Sekiranya kita sudah mula terasa sakit, itu bermakna sedutan pam sudah terlebih kuat dan ini akan mencederakan puting. Undurkan sedikit tahap kekuatan pam, dan itulah tahap kekuatan pam yang sesuai dan selesa untuk kita.
    ii. Saiz corong yang tidak sesuai
  • Saiz yang terlalu kecil akan menyebabkan puting dan sebahagian areola tersangkut di dalam corong dan ini akan menyebabkan kesakitan. Sebaik-baik corong ialah corong yang membolehkan puting dan areola bergerak bebas di dalam.
    iii. Pam terlalu lama
  • Pam secara berterusan lama boleh menyebabkan trauma pada puting. Dicadangkan pam 10minit untuk setiap breast. Jika susu masih tidak dikeluarkan sepenuhnya dalam masa 10minit itu, boleh diulang kembali ke breast pertama selepas mengepam breast kedua. Senang cerita; Pam 10minit breast kiri, kemudian 10minit breast kanan, kemudian kembali 10minit untuk breast kiri dan seterusnya. Jika keadaan ini berlanjutan selama sejam, keadaan ini dikenali sebagai 'Power Pumping' (Nanti I akan ceritakan lebih lanjut tentang ini).
2. Kedudukan bayi semasa penyusuan
  • Kedudukan mulut bayi yang salah iaitu cara bayi 'latch on' yang salah boleh menyebabkan kesakitan pada puting. Bayi sepatutnya menghisap pada bahagian areola dan bukannya pada puting semata-mata. Posisi menyusu bayi juga memainkan peranan dalam memastikan bayi 'latch on' dengan baik.
  • Selain tu, sebelum memulakan penyusuan, perah sedikit susu untuk mendapatkan 'let-down'. Ini untuk mengelakkan bayi hisap terlalu kuat untuk 'let-down'.
3. Puting kering
  • Puting yang kering sangat sensitif dan berisiko tinggi untuk mendapat luka apabila dipam atau apabila bayi menyusu. Cara mengatasinya ialah, sapukan susu badan pada bahagian areola dan puting dan biarkan kering secara 'air dry'. Cara ni memang sangat mujarab. Boleh juga sapukan medela purelan 100 atau nursing butter brand Palmer. I lagi suka cara sapukan susu badan sebab natural, sedia ada, jimat kos dan senang dibersihkan untuk sesi penyusuan/pam seterusnya.
  • Untuk bersihkan puting sebelum penyusuan, pastikan guna tisu yang lembap kerana puting sangat sensitif.
  • Digalakkan memakai 'Breast Pad' atau 'Breast Shell' supaya puting tidak bergesel dengan bra.

Apabila puting luka dan berdarah ni apa yang boleh dilakukan ialah:

  1. Hentikan pendarahan dahulu. Jika perlu keluarkan susu kerana breast terlalu penuh/engorged, keluarkan dahulu. Tetapi susu yang diperah itu (yang telah bercampur darah) perlu dibuang.
  2. Boleh juga sapukan Bepanthen Cream untuk sembuhkan luka.
  3. Sapukan susu badan pada puting dan bahagian areola sekerap yang mungkin

Itu la sedikit sebanyak info tentang puting luka ni. Adalah penting untuk kita jaga puting ni supaya dapat memberikan susu ibu sepenuhnya pada bayi kita. Happy breastfeeding and EBM!!!! (^_^)y

4 ulasan:

  1. bila nk update psl rooming-in?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah berfikir-fikir nak share ape pasal rooming-in tu. hihi.. insyaAllah dah dapat idea nanti saya update. skang ni mentally, emotionally and physically exhausted sejak balik dari rooming-in tu. Penat bangat seh.. Seminggu penat xhilang... Ngeee~

      Padam
  2. Hi salam.. pam terlalu lama pun risiko juga ye..ada juga pernah dgr cerita yg nipple dia keluar darah sampai melecet..baby dah tumbuh gigi , suka gigit gigit pula tuu..ada org recommend guna Pump It Breastfeeding Survival Kit, ingatkan boleh selesaikan masalah nipple melecet je rupenya 1 set ada 3 jenis .. utk tambah susu pun boleh juga sapu2 je.. Alhamdulilah , boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  3. [F4 2017] Play Free Slots - Videoslots.cc
    Play free slots from the best providers here at Videoslots.cc. The newest mp3 juice slot game from Video Slots is coming in the form of the

    BalasPadam