Jumaat, 25 Mei 2012

Kelahiran Si Comel (^_^)

Assalamualaikum wbt...

          Sudah sekian lama hasrat dihati ingin mempunyai blog tersendiri. Asyik lihat blog orang lain je. Teringin la juga kan. So, alang-alang tengah cuti bersalin ni, i try la mencipta satu blog. Tak de la pandai sangat pasal blog ni. Try and error je. Bila dah ade blog ni, tak tahu la pulak nak taip apa. Otak jadi blank la pulak.... Huhu.

          Ok lah. Back to our main topic. I nak introduce kat u all to my first child. Arissa Sorfina namanya. Ramai yang bertanyakan apa makna Arissa Sorfina ni? Arissa bermaksud ''Keazaman yang kuat' dan Sorfina pula bermaksud 'Suci, Bersih'. (^_^)

          Arissa lahir pada 16 April 2012, 11.05AM. 3 hari awal daripada tarikh hari jadi abah dia. So, kiranya kelahiran Arissa ni sebagai hadiah teristimewa buat suami a.k.a abah tercinta. Huhu... So sweet... 

          Sebenarnya due kelahiran Arissa sepatutnya pada 29 Jun 2012. Tapi disebabkan ada masalah sikit dengan placenta dan dikhuatiri baby lemas, so terpaksa la operate (emergency LSCS). Alhamdulillah Arissa dilahirkan dengan selamat at 29 weeks. Berat Arissa masa tu baru 900g. Kecik kan.. Sekarang ni Arissa masih di wad NICU sebab beratnya belum cukup. Doc kata bila beratnya dah cecah 1.8kg dan baby sihat barulah boleh bawa balik. Sedeynya tak dapat bawa balik sama-sama. Ada dengar-dengar juga staff nurse bagitahu ambil masa 2-3 bulan juga untuk baby premature ni nak membesar sampai 1.8kg tu. Aiseyyy.. lamanya. Tak pe la Arissa, Ummie redha. Yang penting Arissa membesar dengan sihat. Sekarang ni setiap hari i dengan suami berulang-alik ke hospital melawat Arissa. Alhamdulillah melihat Arissa membesar dengan sihat setiap hari dah cukup melegakan hati yang runsing. Sekarang ni pun berat Arissa dah cecah 1.32kg. Berkat susu ibu la ni. Hehe...

          Sekarang ni Arissa belum boleh minum susu melalui mulut lagi sebabnya dia belum ada 'sucking reflex'. Belum pandai nak menghisap lagi. Kalau ada pun, belum cukup kuat untuk dia minum melalui mulut. Nurse kata, bila umurnya 34minggu ke atas baru akan ada 'sucking reflex' tu. So, sejak dia lahir sampai sekarang dia minum melalui ryles tube (tube yang dimasukkan dari mulut terus ke perut). Sabar ye Arissa. Untuk dia lalui semua ni memang memerlukan keazaman yang kuat. Sesuai dengan namanya ARISSA SORFINA. Semoga Arissa membesar dengan sihat dan normal. Amin....

2 ulasan:

  1. as salam...doing blogwalking here...smoga arissa cpt besar blh main dgn zahra nnti ye :)

    BalasPadam
  2. W'salam.. InsyaAllah. Arissa ada ramai kawan baru tahun ni. Hehe

    BalasPadam