Jumaat, 25 Mei 2012

Bersalin Caesarean tak boleh makan Haruan???


Assalamualaikum wbt...

Kebiasaannya kalau lepas bersalin orang akan tercari-cari ikan haruan. Kenape ye? Ikan haruan dikatakan bagus untuk percepatkan penyembuhan luka. Tapi adakah semua orang bersalin sesuai makan ikan haruan ni? Hurm....



Baru-baru ni I bersalin secara caesarean juga. Best jugak rupanya bersalin cara ni. Tak payah nak meneran-neran. Tak sakit pulak tu sebab kena bius. Doktor bagi I spinal anaesthesia sebab masa tu emergency operation, last minit doktor decide nak operate I. Disebabkan tak puasa dulu, tak boleh buat general anaesthesia (bius yang diberi secara gas then pengsan tu) sebab takut muntah tanpa sedar then muntah masuk dalam paru-paru. Takut kena aspiration pneumonia pulak. Pembedahan tu kejap je. Tak sampai sejam dah siap. Cuma yang tak tahannye, bilik bedah tu sejuk yang amat. Trrrrrrr..... 

4 hari jugak la kene tahan kat wad sebab doktor nak tengok luka ok ke tak sebelum boleh balik. Diorang ni akan tengok luka tu 3 hari selepas pembedahan. So dalam 3 hari tu agak terseksa jugak la nak mandi. Ye la, tak nak bagi kena air punya pasal. Terpaksa lap-lap je badan ngan towel basah. Huhu....

Sebelum balik, doktor nasihatkan jangan makan ikan haruan. Aikkkk???!! Bukan ke ikan haruan bagus untuk percepatkan penyembuhan luka?? Kenape tak boleh pulak? Doktor tu cakap, ada statistik menunjukkan wanita yang bersalin secara caesarean ni berisiko tinggi untuk dapat 'adhesion colic' jika mengamalkan makan ikan haruan... Iskhh ape pulak la 'adhesion colic' ni doktor? Hehee...

'Adhesion colic' ialah keadaan dimana usus-usus melekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Orang yang mengalami adhesion colic ni akan rasa sakit perut (cramp-like pain) disebabkan kelekatan yang berlaku melibatkan saraf. Selain tu, perut akan rasa kembung disebabkan oleh small bowel obstruction, rasa loya atau muntah dan yang paling serius jika usus pecah (perforation). Ngee~ Seramnya!! Bila dah berlaku adhesion ni, terpaksa la dibedah sekali lagi... OWHHH TIDAKKKKK!!!!!



Tapi menurut pandangan doktor yang lain, PATI ikan haruan je yang tak boleh diambil sebab kandungan haruannya yang pekat tu yang boleh menyebabkan adhesion. Kalau ikan haruan biasa boleh katanya cuma jangan makan banyak sangat. Well, to be safe, I makan sebulan lepas bersalin. Masa tu agak-agaknya keadaan luka dalaman dah pulih la. I makan ikan haruan tu pun untuk luka luaran ni and lagi satu sebab dagingnya sedap bangat. Hehe. :-P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan