Jumaat, 22 Jun 2012

Khasiat Halba Dalam Penyusuan

Assalamulaikum w.b.t...


Sedar x sedar, dah 2 bulan I susukan Arissa, but not directly. I terpaksa pam susu keluar dulu sebab Arissa tak reti nak 'latch on' betul-betul. So selama 2 bulan ni Pam Medela Swing I la yang banyak berjasa untuk memastikan stok EBM Arissa cukup. 


Tapi sejak 2 menjak ni perasan susu macam makin kurang je. Risau la pulak takut EBM tak cukup and takut nanti bila dah start keje susah pula nak pastikan Arissa dapat susu secukupnya. I xmo la sampai terpaksa guna susu formula. I pantang betul susu formula ni. Lebih-lebih lagi Arissa baby premature. Lagi la kan... X Sesuaiiiii!!!



Bayangkan la, sehari Arissa minum 50mls x 8kali sehari = 400mls susu kena ada. I pula kalo pam susu 50mls-100mls sekali sesi and paling banyak I pam pon 3kali sehari. So susu yang dapat I pam untuk sehari sebanyak 150mls-300mls... Hadoi... Macam mana nak cukup ni?!!!!



Ini je la stok EBM yang tinggal sejak Arissa dah start minum banyak susu.
Macam biasa bila dah start panik ni mula la terkial-kial mencari maklumat untuk menambah susu. Cari punya cari terjumpa la pasal kebaikan halba. Ala, yang orang guna buat nasi dagang tu.


Ni la rupa halba


Rupa-rupanya halba ni bertindak sebagai Galactagogue (agen pengeluaran susu ibu). Dikatakan juga penggunaannya dapat meningkatkan penghasilan susu sehingga 900%. Biar benar!!! 900% tuuu... Awesome!!!


Cara membuatnya pon senang je. Cuma rendamkan 1sudu kecil halba kedalam air panas dan biarkan semalaman. Kemudian boleh la minum. Ade juga yang kata boleh direbus dan minum airnya. Terpulanglah nak ikut yang mana kan. Asalkan minum airnya. Disarankan amalkan minum air halba ni sekurang-kurangnya sekali sehari.


Macam ni la rupa air halba. Kuning airnya.
Air halba ni pahit sikit rasanya tapi well tolerated la. Hihi.. My mom suggest tambah madu pon bagus juga. So far baru 2 hari amalkan. Tengok lepas seminggu macam mana hasilnya. Nanti I updatekan resultnya nanti. Hihi (^_^)y


Sebenarnya banyak lagi khasiat Halba ni. Antaranya:
1. melancarkan sistem penghadaman
2. menghilangkan kembung, sebu dan senak perut
3. membuang angin
4. mencuci perut
5. menghilangkan lendir tekak
6. melegakan sakit kepala
7. menyembuhkan buasir
8. menyembuhkan senggugut
9. merangsang rahim
10. mengawal paras gula dalam darah
11. merawat bisul
12. menghilangkan radang kulit


Baguskan halba ni rupanya. Halba ni bahan semulajadi. I think it should be ok kot kalau diamalkan hari-hari. Lagipon murah je pon kosnya. Kat Tesco pon ade je jual. Jomla sama-sama kita amalkan air halba ni. InsyaAllah semoga usaha kita diberkatiNya. Niat untuk pastikan anak dapat susu ibu yang terbaik kan niat yang baik. InsyaAllah. Niat yang baik pasti tidak akan disia-siakan.